1. Produk NK ini sesuai untuk kulit jenis apa?
NK sesuai dengan semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak atau kombinasi. Ia akan mengimbangkan kelembapan kulit yang optimum dan merawat kesan buruk kulit kering.
2. Apakah keistimewaan Age Reverse?
Age Reverse merupakan produk NK terkini yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr Siti Hamidah di UTM. Dr Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden. Age Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle, dan essential oil yang bagus untuk kulit. Produk Age Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing Sirim, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing ‘Proof of Concept’ bagi emmastikan keselamatan dan keberkesanan produk.
3. Apakah keistimewaan Energy Mist?
Energy Mist bertindak sebagai pelembab dan penyegar yang akan merawat dan mencantikkan kulit wajah. Ia akan menyerlahkan lagi keberkesanan Age Reverse cleanser. Ia adalah diperbuat daripada bahan semulajadi terutamanya Bee Venom, Essential Oil dan Hyluronic Acid .
4. Apakah kelainan antara produk NK dengan skin care di luar sana?
Produk NK dihasilkan daripada kajian yang terperinci oleh team penyelidikan kami di UTM. Kami memilih bahan-bahan yang terbukti berkesan hasil dari kajian kami sendiri dan kajian pakar-pakar seluruh dunia. Formulasi yang dihasilkan adalah eksklusif dan original, tidak daripada mana-mana pihak yang lain. Antara ciri penting NK adalah ia berkesan, selamat dan setanding dengan kualiti produk berjenama popular antarabangsa.
5. Bolehkah tompok-tompok di wajah dihilangkan dengan menggunakan produk NK?
Produk NK diperkaya dengan bahan antiaging yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel baru yang sihat untuk menggantikan sel lama yang telah rosak termasuk masalah jeragat dan tompok hitam. Namun, ada juga masalah tompok hitam disebabkan hyperpigmentation, iaitu kondisi kerosakan kulit yang ekstrim yang menyebabkan perubahan warna kulit di beberapa bahagian. Antara masalah tompok hitam yang ekstrim adalah melasma yang merupakan kerosakan kulit yang kekal dan amat sukar dihilangkan samada menggunakan skin care atau rawatan laser. Namun, penggunaan produk NK secara intensif boleh mengurangkan warna tompok hitam tersebut.
6. Bagaimana untuk mengetahui jeragat kita adalah jeragat disebabkan oleh hormon?
Jeragat disebabkan hormon adalah salah satu daripada hyperpigmentation. Biasanya adalah melasma. Ia tumbuh sedikit sahaja, mungkin satu sahaja tetapi bersaiz besar.
7. Apa yang menyebabkan sesuatu cleanser itu berbuih?
Biasanya cleanser yang berbuih kerana ia menggunakan bahan berunsurkan sulfat, yang paling popular adalah SLS. SLS memang berkesan menghilangkan kotoran, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menghilangkan kelembapan semulajadi yang diperlukan kulit muka kita sehingga boleh menyebabkan kulit kering. Apabila kulit kering, lagi mudah mendapat iritasi atau gatal-gatal seperti allergic reaction. Banyak efek tidak baik daripada SLS. Paling teruk ia boleh merosakkan mata jika termasuk mata. SLS juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat menjadi semakin teruk.
8. Mengapa cleanser Age Reverse by NK tidak berbuih?
NK cleanser menggunakan Sodium methyl cocoyl taurate (SMCT) iaitu natural surfactant yang dihasilkan daripada coconut. Ia adalah surfactant paling lembut, mewah dan berkesan. Surfaktan yang lembut (mild) memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit.
9. Adakah kaedah laser/teknik pico-pulse selamat digunakan untuk menghilangkan jeragat?
Keberkesanan kaedah laser adalah bergantung kepada jenis, warna dan kedalaman jeragat. Keadaan kulit juga merupakan faktor penting. Maka amat sukar untuk menyatakan dengan jelas kerana ada orang memerlukan sehingga 6 sesi laser baru berhasi, dan setiap sesi dikenakan bayaran yang mahal. Ya ia selamat jika dibuat oleh pakar bertauliah, tetapi keberkesanannya bergantung kepada banyak faktor. While there are many pico pulse/traditional laser machine in the market with different specification which may not give the desired end result. Some might seeking help from beauty salon (cheaper price), but many beauticians may not know the machine specification and the actual operating, and the after-laser skin care. so these are the issue in looking for laser treatment. Another issue is that hyperpigmentation in Asian skin is not all should be treated with laser, may read some dermotologist’s notes, that hyperpigmentation like melasma may be worsen if treated using laser. the darkened skin will expand after absorbed the laser energy. Thus, we should be careful doing the choice and decision before diagnosis.
10. Bolehkah jeragat disebabkan faktor keturunan (genetik) dihilangkan?
Memang faktor genetik boleh menyebabkan jeragat. Sekiranya ibu/keluarga kita memang banyak jeragat, kita perlu lebih berhati-hati dari awal. Cara terbaik adalah memakai sunscreen dan elak produk bertoksik dan berkualiti rendah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya kulit telah pun ditumbuhi jeragat, gunalah produk yang selamat dan berkesan, walaupun ambil masa lama sikit. Fokus untuk merawat keseluruhan kulit wajah agar lebih berseri. Bonus sekiranya jeragat dapat dihilangkan sepenuhnya. Inshaallah ia boleh dikurangkan.
11. Saya menggunakan produk XXX. Bolehkah saya memakai selang-seli dengan penggunaan NK?
Boleh cuma tak dapat jangka optimum result guna NK jika campur dengan produk dari jenama lain. Untuk memastikan hasil yang optimum, dicadangkan menggunakan produk NK secara intensif kerana setiap produk akan menambahkan keberkesanan kepada kulit.
12. Kenapa selepas memakai Energy Mist (pelembab) kulit saya terasa pedih?
Sekiranya pertama kali guna, mungkin ada rasa pedih sedikit jika kita mempunyai kulit yang sensitif. Memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan kulit kepada bahan-bahan yang digunakan. Jangan bimbang kerana ia adalah amat selamat dan untuk elak pedih, boleh spray sedikit sahaja sehingga kulit sudah terbiasa.
13. Saya ada masalah jerawat di jawline dlm setengah tahun yang meninggalkan kesan parut. Boleh ke NK Skincare bantu saya. Mungkin perubahan hormon.
InshaAllah boleh. Tapi perlu bersabar kerana NK tidak menggunakan bahan pemutih atau yang boleh menghakis dan menipiskan kulit. Namun, hasil yang akan diperolehi adalah amat berbaloi. Untuk kesan dan rawatan lebih cepat, boleh guna Cleanser, Energy Mist, Sunscreen dan bedak two-way cake.
14. Adakah pendedahan kepada blue-light daripada skrin komputer dan handphone boleh menjadi punca jeragat? Jika ya, bagaimana untuk mengelak masalah ini.
Kajian pakar menunjukkan blue light boleh menyebabkan kerosakan sel, termasuk penghasilan jeragat dan kedutan kulit, dan kemusnahan nutrien sel. Malahan ia lebih memberi kesan buruk berbanding UV biasa. Cara terbaik untuk mengelak daripada masalah ini adalah dengan menggunakan sunscreen fizikal (mineral) yang mengandungi Zinc Oxide, yang mempunyai SPF dalam linkungan 30. SPF yang sangat tinggi (50 ke atas) perlu dielakkan kerana ia boleh lebih merosakkan kulit.
15. Mengapa NK cleanser tidak menggunakan botol spray?
Kami sedang dalam proses membuat review mengenai penggunaan botol spray untuk cleanser.
16. Apakah jenis kulit yang sesuai untuk dua jenis warna bedak two-way cake; Natural beige (code 02) dan Fair DNA (code 01)?
Bedak Fair DNA (code 01) sesuai untuk orang berkulit cerah, manakala Natural Beige (02) sesuai untuk orang berkulit sawo matang atau yang agak gelap (tanned).
17. Adakah perlu memakai Age Reverse Cleanser sebelum memakai Energy Mist? Perlukah membasuh muka dahulu sebelum spray energy mist?
Selepas menggunakan Age Reverse cleanser, boleh terus menggunakan Energy Mist. Sebelum spray Energy Mist idak perlu basuh muka dengan air. Tetapi jika mempunyai kulit yang sensitif (eg. kulit terasa gatal atau kemerahan selepas menggunakan cleanser), dinasihatkan untuk membasuh wajah selepas menggunakan cleanser, baru spray menggunakan Energy Mist.
18. Saya bimbang jika hanya menggunakan cleanser jeragat tak hilang.Ada tak krim siang & malam yang sesuai yang boleh hilangkan jeragat dia. Untuk maklumat, saya sudah guna Age Reverse cleanser selama dua minggu dan merasakan kulit bersih dan cantik.
Jeragat memang ambil masa untuk kurangkan, apatah lagi untuk hilangkan. NK tiada krim malam dan siang, kerana Age Reverse Cleanser dan produk yang lain sesuai digunakan malam dan siang. Buat masa ini kami hanya ada Age Reverse Cleanser, dan boleh pakai dengan Energy Mist dan bedak two way cake. Untuk lebih cepat mendapat kesan, boleh pakai AR Cleanser dan Mist dengan lebih kerap (setiap kali mengambil wuduk).
19. Kulit saya rosak kerana beberapa kali menggunakan produk bertoksik sebelum ini, dan kerap menukar produk. Bolehkah NK merawat kulit saya supaya cantik semula?
Apabila kulit telah lama terdedah dengan bahan bertoksik, maka kulit telah menjadi rosak. Pore juga banyak tersumbat. Ini menyebabkan masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali keadaan kulit. Produk yang berasaskan bahan natural memang memerlukan masa yang agak lama tetapi ia selamat dan hasilnya juga amat memuaskan kerana kulit telah dirawat. Lapisan kulit baru akan tumbuh setiap 4 minggu, jadi perlu bersabar, dan bantu kulit baru tumbuh sihat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkesan.
20. Bawah mata saya terasa gatal dan pedih apabila memakai bedak two-way cake.
Kurang daripada 1% pengguna akan mengalami tidak selesa apabila menggunakan mana-mana produk NK. Boleh elakkan menggunakan bedak di bawah mata, dan biarkan kulit serasi dahulu kerana kulit sensitif memerlukan sedikir masa untuk serasi.
21. Bawah mata saya terasa kering setelah memakai Energy Mist.
Energy Mist boleh digunakan di seluruh wajah termasuk sekitar mata untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran gelap bawah mata. Namun jika ada orang yang berkulit sangat sensitif, akan merasa kering/pedih apabila menggunakan Energy Mist sekitar mata. Boleh elakkan dan cuba serasikan dari semasa ke semasa.
22. Adakah NK bercadang untuk menghasilkan krim untuk sekitar mata?
Tiada perancangan buat masa ini kerana Age Reverse cleanser dan Energy Mist juga boleh digunakan sekitar mata bagi menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam.
23. Saya gemar bermekap. Bolehkah Age Reverse cleanser mencuci kesan mekap dengan berkesan?
Ya boleh. Formulasi nano dalam Age Reverse amat berkesan untuk mencuci mekap yang tebal. Boleh cuci muka dua kali. Kali pertama terus sapu ke wajah yang bermekap, urut wajah dan bilas. Kemudian sapukan sekali lagi AR Cleanser dan biar lama sikit baru dibilas.
24. Selepas menggunakan Age Reverse cleanser tiga hari, kulit saya berjerawat. Kenapa boleh jadi begini?
Jerawat adalah disebabkan oleh beberapa faktor: 1. Perubahan hormon terutamanya sebelum period, 2. Kotoran yang terkumpul dalam pori yang menyebabkan keradangan sehingga timbulkan jerawat. Sekiranya sebelum ini kita pernah memakai produk yang boleh menyebabkan pori tersumbat, makan Age Reverse cleanser akan bertugas membersihkan dan merawat masalah tersebut. Bahan aktif dalam age reverse akan mempercepatkan metabolis sel kulit, inflammation (keradangan) akan keluar dengan lebih cepat dan seterusnya kulit akan semakin baik dan sembuh. Teruskan menggunakan Age Reverse cleanser, Energy Mist, Sunscreen dan bedak two-way cake.
25. Apakah ada potensi untuk mengalami alergik apabila menggunakan produk NK?
Tanda mengalami alergik adalah ia berlaku sepanjang 24 jam selepas menggunakan sesuatu produk. Kesan alergik adalah kulit menjadi kemerahan dan agak bengkak, tetapi bukan jerawat. Terdapat juga orang yang alergik kepada bahan natural tetapi ia amat jarang, dalam kurang daripada 1%.
26. Bagaimanakan aturan yang betul menggunakan produk NK?
Aturan memakai produk NK adalah seperti berikut: 1. Cuci guna Age Reverse Cleanser, 2. Sembur Energy Mist, tunggu sehingga kering, 3. Pakai Sunscreen ( satu pump sahaja) ratakan seluruh muka, 4.Pakai bedak Two-way cake. Tips: tunggu sunscreen menyerap di kulit muka dahulu baru pakai TWC, untuk elak bedak tidak sekata.
27. Bagaimanakah cara menggunakan UV Sunscreen dengan betul?
Letakkan sedikit sahaja sunscreen di dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu. Kemudian sapu rata ke seluruh wajah. Ellakkan memakai tebal kerana ia bukan foundation.
28. Adakah NK mempunyai sijil Halal?
Kami dalam proses memohon sijil Halal. Prinsip kami adalah memastikan semua bahan yang digunakan adalah halal dan tidak menggunakan unsur binatang dan bahan tak halal.
29. Bagaimanakah saya boleh menghilangkan melasma di wajah?
Melasma amat sukar dihilangkan kerana ia hyperpigmentation biasanya disebabkan hormon. InshaAllah boleh kurangkan color melasma tapi bergantung dengan tahap serius masalah melasma. NK boleh menghalang melasma atau jeragat baru daripada tumbuh. Tapi yang sedia ada memang sukar sikit jika menggunakan skin care. Walaupun di laser tidak semestinya boleh pulihkan.
30. Bolehkan saya memakai foundation selepas sunscreen?
Warna yang kita nampak di sunscreen adalah warna natural (bukan foundation) yang tidak berwarna bila dipakai di kulit. Yang terbaik adalah pakai bedak two way cake Naturel Kiss yang memang telah berfoundation.
31. Kenapa saya rasa kulit semakin gelap selepas menggunakan Sunscreen NK?
Sunscreen NK tidak menggelapkan kulit. Malahan ramai customer yang kata ia mencerahkan kulit. Mungkin terasa gelap kerana ia baru nak adapt kepada kulit. You can apply sunscreen smooth and evenly, not too thick. This is because too much sunscreen may cause her skin overproduce oil, oil can oxidise skin layer and make her face look darker.
32. Perlukah saya memakai UV protection yang tinggi SPF?
Ramai orang beranggapan bahawa semakin tinggi SPF adalah semakin bagus. Sedangkan semakin tinggi SPF boleh menyebabkan kulit terdedah pada cahaya UV dan boleh merosakkan kulit. SPF yang baik adalah antara 30-35 dan bersifat Broad Spectrum iaitu turut mempunyai PA++. Sunscreen NK bersifat broad spectrum (SPF 35, PA++).
33. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memakai Energy Mist
Mist adalah merangkumi toner+moisturiser+primer+ makeup setter. Boleh digunakan bila masa yang sesuai: 1. Selepas cuci wajah (ketika kulit dah kering), 2. Bila2 masa rasa kulit kering, 3. Sebelum dan selepas makeup
34. Bolehkah lelaki menggunakan produk NK
Ya lelaki pun boleh menggunakan NK. Ia sesuai dengan semua orang.
35. Ada contoh tak bahan kimia synthetic yang bahaya utk kulit /tak sesuai utk kulit sensitif?
Terdapat banyak bahan merbahaya yang sering digunakan dalam produk skin care, antaranya hydroquinon, mercury, triclosan, oxybenzone, phthalates, paraben, formaldehyde, sodium laureth sulfate (SLS), imidazolidinyl urea. Terdapat juga bahan sintetik biasa yang akan memberi kesan buruk kepada kulit terutamanya jika kulit seseorang itu bersifat sensitif, dan sekiranya bahan kimia tersebut berkualiti rendah.
36. Apa beza kriteria utk approval yg ni : KKM, SIRIM, LABTESTED. Adakah LabTested ni hiraki tertinggi pensijilan? Apa beza yg plg ketara Lab Tested dgn KKM/SIRIM?
Pensijilan Lab Tested adalah dilakukan oleh Bioeconomy Corporation untuk kajian terperinci dan tepat mengenai keselamatan produk yang dihasilkan. NK adalah produk pertama yang menerima pensijilan Lab Tested menunjukkan bahawa produk NK telah mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh agensi Bioeconomy. Untuk pensijilan Lab Tested, hanya produk berasaskan teknologi dan R&D sahaja yang akan diterima untuk testing tersebut. Manakala Not No. daripada KKM adalah wajib dipohon oleh semua pengeluar produk. KKM tidak membuat testing dan hanya mengeluarkan Not No. berdasarkan senarai bahan yang diberi oleh pengeluar. Pensiijilan SIRIM adalah spesifik untuk mengetahu keberkesanan/keselamatan produk dan perlu menghantar sampel kepada pihak SIRIM.
37. Adakah sudah ada Not. No/sijil daripada KKM/SIRIM masih bermaksud produk itu masih tidak selamat?
KKM hanya akan meluluskan produk yang menggunakan bahan-bahan yang selamat sahaja. Syarikat pengeluar akan memberi senarai bahan kepada pihak KKM untuk permohonan Not No. Pengeluar produk perlu bersifat jujur untuk menyenaraikan bahan-bahan yang mereka gunakan. Manakala sijil sirim merupakan inisiatif pengeluar produk untuk membuat testing lebih lanjut mengenai keberkesanan/keselamatan produk mereka. Sijil sirim adalah spesifik dan pengeluar perlu memberi sample produk.
38. Adakah jika ada Lab Tested, sudah pasti selamat utk semua jenis kulit?
Ya, kecuali kes terpencil sekiranya seseorang itu mempunyai masalah alergik atas bahan yang digunakan.
39. Adakah NK satu satunya jenama skin care yg ada sijil Lab Tested?
NK adalah jenama pertama produk skin care yang menerima pensijilan Lab Tested.
40. Mengapa kulit saya terasa kering selepas menggunakan Age Reverse?
Age Reverse tidak akan mengeringkan kulit, malah ia akan membantu merawat masalah kulit kering. Pengguna akan alami rasa kulit tegang selepas menggunakan produk NK kerana ia tindak balas bahan anti penuaan yang digunakan, terutamanya Bee venom dan Asid Hyaluronik. Jangan risau sekiranya terasa kulit tegang kerana ia menandakan produk ini berkesan. Teruskan menggunakan NK Age Reverse dengan intensif dan konsisten.
41. Apa bau yang digunakan dalam produk Age Reverse?
Age Reverse menggunakan 100% bauan semulajadi daripada essential oils terutamanya Geranium dan Rosewood, untuk menghasilkan bau bunga dan woody base scent. It is uniquely blended by NK team, to ensure no synthetic and toxic fragrance in the product. It contains antioxidants for skin as well.
42. Saya sudah pakai produk NK selama seminggu, mengapa masih belum mendapat hasil yang diharapkan?
Proses kitaran kulit melibatkan penghasilan sel kulit baru di bahagian paling bawah epidermis, yang kemudiannya akan naik dan menggantikan kulit yang lama dan mati. Kitaran ini akan berlaku secara puratanya 4-6 minggu, bergantung dengan umur, dan cara hidup seseorang. Remaja belasan tahun akan alami kitaran kulit antara 2-4 minggu. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, seseorang perlulah menggunakan produk NK dengan intensif dan dijangka dapat melihat hasil selepas 4 minggu. Pakar kulit menyatakan pengguna perlu menunggu 3 kali kitaran kulit untuk melihat hasil (dalam 3 bulan), namun melalui kajian dan review yang team penyelidikan NK buat, hampir 100% responded mendapat hasil yang ketara selepas 2 minggu.
43. Cleanser ni boleh juga digunakan untuk bersihkan make up atau tidak?
Ya betul. Jika sekadar pakai bedak, foundation nipis, dan mekap biasa, cuci wajah macam biasa saja dengan NK Cleanser.
Tapi jika pakai agak tebal, macam ketika saya mekap nak masuk TV, saya perlu basuh dua kali menggunakan NK Cleanser. Tak perlu guna Double cleansing atau minyak.
44. Betul ke orang kulit sensitif ni tak boleh guna ingredient yg ada fragrance/perfume dlm skincare?Produk NK ada bau wangi adakah itu fragrance?Saya nk cuba tapi risau tak serasi sebb saya kulit kering n sensitif.
Bagi mempunyai kulit sensitif, perlu diketahui apa yang menyebabkan reaksi alergi tersebut kerana tidak semua alergi disebabkan oleh fragrance, dan tidak semua kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk yang mengandungi fragrance. Prodk NK menggunakan minyak pati sebagai bau. Perlu diketahui bahawa fragrance adalah kandungan sintetik yang mengandungi bahan aroma, manakala minyak pati adalah bahan bauan semulajadi. Dalam sesetengah kes, orang yang alergi terhadap fragrance juga menpunyai alergi terhadap minyak pati. Jadi perlu memastikan kulit sensitif alergi terhadap bahan apa. Bagi kulit kering dan sensitif, biasanya penyebab sensitif tersebut adalah kekeringan, iaitu apabila kulit kering, bacteria akan mudah untuk tumbuh di permukaan keratin. Jadi perlu pastikan dapat kelembapan yang cukup dengan menggunakan Energy Mist dan minum air secukupnya.
45. Betul ke kalau kita pakai sesuatu produk jerawat naik banyak maksudnya healing proses berlaku?
Sekiranya sebelum ini banyak menggunakan produk penjagaan kulit / kosmetik yang terkontaminasi dengan bahan kimia merkuri / toksik / codemogenik (penyumbatan pori), ada kemungkinan akan menyebabkan kerosakan kulit semasa menukar produk. Kerana toksik menghalang pembaharuan kulit, tetapi produk penjagaan kulit yang baik dapat memperbaharui sel-sel kulit dengan cara detoksifikasi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis jerawat dengan ekspresi yang berbeza. Permasalahan ini tidak dapat disimpulkan dalam satu ayat yang nyata.
46. Adakah sunscreen NK juga menggunakan teknologi micellar?
Sunscreen bukan menggunakan teknologi nano micelle (micellar) tetapi sunscreen NK menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan premium seperti minyak ekstrak biji lobak (carrot seed oil) yang merupakan penghalang sinaran UV yang semulajadi. Sunscreen NK menggunakan bahan-bahan yang selamat, bersifat broadspectrum, berbau wangi semulajadi dari essential oil dan tidak merengsa atau memedihkan kulit.
47. Adakah Age Reverse Cleanser by NK ini selamat untuk bibir? Bibir saya menggelupas teruk selepas menggunakan cleanser ini untuk menghilangkan lipstik.
Age Reverse selamat digunakan di seluruh wajah termasuk bibir dan sekitar mata. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang bersifat lembut kepada kulit, dan surfaktan yang digunakan juga adalah natural dan mild, tetapi berkesan membersihkan kotoran dan mekap.
48. Bolehkan saya menggunakan sunscreen dan moisturiser jenama lain setelah memakai Age Reverse Cleanser?
Pengguna digalakkan memakai Age Reverse Moisturiser dan Age Reverse Sunscreen kerana dengan cara ini, kita dapat memastikan kesan yang optimum Age Reverse kepada kulit. Bahan-bahan yang digunakan dalam formulasi Age Reverse adalah telah dijamin berkualiti tinggi, efektif dan selamat.
49. Saya rasa jeragat semakin banyak keluar selepas memakai Age Reverse Cleanser selama dua minggu.
Ada dua perkara yang berkemungkinan berlaku:
i. Kulit menjadi semakin cerah dan bersih, maka jeragat semakin nampak jelas.
ii. Jeragat yang masih di bawah lapisan kulit telah keluar ke lapisan atas.
Pemakaian Age Reverse secara konsisten akan membantu penghasilan sel baru kulit lebih singkat kitarannya dan lebih sihat. Sel baru akan menggantikan sel lama tetapi sekiranya jeragat banyak, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihilangkan. Setiap kitaran kulit baru mengambil masa 4-6 minggu bagi orang dewasa, jika menggunakan Age Reverse yang mengandungi bahan anti aging, kitaran ini boleh dipercepatkan, maka jeragat yang berada di bawah kulit naik ke atas, menyebabkan jeragat nampak banyak dan jelas. Teruskan pakai dengan konsisten dan sabar menunggu jeragat hilang secara semulajadi. Elakkan menggunakan produk permutih atau beracun yang memang boleh menghilangkan jeragat dengan cepat tetapi akan lebih merosakkan kulit.
50. Boleh cadangkan foundation yang boleh digunakan? Muka saya berjeragat teruk, jika tidak pakai foundation akan nampak teruk sangat.
Bedak two-way cake NK adalah sedia mengandungi foundation. Sekiranya ingin coverage yang lebih tebal, boleh membasahkan sponge dahulu (menggunakan cara wet). Bedak yang dipakai dengan cara wet akan memberi efek seperti memakai foundation.
51. Selepas spray moisturiser, kulit saya terasa panas. Saya tiada alergik, dan rasa panas itu akan hilang dalam beberapa ketika. Adakah kulit saya sensitif?
Ada dua sebab untuk keadaan ini:
i. Bahan yang digunakan dalam Age Reverse dan Moisturiser (Mist) bertindak terhadap kulit, ia menyebabkan sedikit rasa panas/sejuk (bergantung setiap orang mengalami rasa berbeza) untuk beberapa minit.
ii. Jika seseorang pernah menggunakan produk pemutih, ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila bertukar menggunakan produk baru.
Rasa tersebut akan hilang dan ia tidak membahayakan. Teruskan memakai Age Reverse Cleanser dan Energy Mist, lama kelamaan kulit akan serasi dengan bahan-bahan natural yang digunakan.