Berikut adalah cara untuk menggunakan NK AGE REVERSE cleanser:

Mula-mula sekali cabut penutup kecil di tengah botol. Penutup ini adalah untuk safety supaya tidak tumpah ketika postage.

Boleh menggunakan cleanser seberapa kerap yang diinginkan, dicadangkan untuk pakai setiap kali sebelum mengambil wuduk, atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Ada dua cara penggunaan:

1. Diletakkan sedikit di tapak tangan dan diratakan ke seluruh wajah. Tak perlu basahkan wajah terlebih dahulu. Biarkan dalam 2-3 minit, kemudian bilas bersih dengan air. Boleh gosok wajah atau pun biar sahaja tanpa menggosok sebelum dibilas dengan air.

2. Menggunakan kapas muka. Nota: cara ini tidak sesuai untuk orang berkulit sensitif. Tuangkan sedikit cleanser ke atas kapas muka dan sapu ke seluruh muka. Jika menggunakan cara ini, anda boleh membilas atau tidak membilas wajah dengan air.

Apabila wajah telah bersih dan kering, boleh spray Energy Water Mist sebagai moisturiser. Boleh pakai bedak seperti biasa.

Nota: Jika Cik Puan mempunyai kulit sensitif dan ingin test dulu samada akan alergik atau tidak, boleh sapukan di telinga sebelum tidur, jangan bilas, dan esoknya jika tiada kesan alergik, boleh sapu sekitar mata dan ulang cara yang sama. Jika tiada kesan seperti ruam dan bengkak bermaksud kulit tidak alergik dengan sesuatu produk 😊. Ini adalah cara mengesan jika kita alergik kepada produk skin care atau kosmetik.